Amaran 'merah' hujan lebat di Johor, Pahang
Friday, January 4, 2008
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat "peringkat merah" bagi Johor timur, tengah dan selatan serta Pahang selatan yang dikhuatiri boleh menyebabkan banjir.
Hujan sederhana kadang kala lebat dijangka berlaku dari semasa ke semasa dan akan berterusan sehingga Selasa ini (8 Jan), menurut jabatan itu dalam satu kenyataan di sini.
Amaran peringkat merah merujuk kepada ribut tropika atau taufan dengan kelajuan angin sekurang-kurangnya 60km sejam disertai hujan sederhana menjadi lebat.
Kawasan yang terlibat dengan amaran itu di Johor ialah Mersing, Kota Tinggi, Segamat, Kluang dan Johor Baharu manakala di Pahang ialah Kuantan, Rompin, Pekan, Maran dan Bera.
Jabatan itu juga mengeluarkan ingatan bahawa hujan sederhana kadang kala lebat yang sedang berlaku di Sarawak, terutama pada waktu malam dan petang, akan berterusan sehingga Ahad.
**Ahhahahha, copy paste jek ! tensen gak wehh bace brita neh ! adoilaa.. nk kene kesat peluh lagi la pasni, huhuhu :p
"hehe, gmbr ni tade kene mngena ngn mangsa banjir,
saje sakat die smlm smpai merah2 muke nangis, hiks :p"