' D R A C U L A '
Friday, November 2, 2007
Setelah ramai manusia menjadi mangsanya, dracula akhirnya
berjaya dibunuh. Tapi sebelum sempat dihumban ke dalam api,
dracula berjaya melarikan diri dan berjumpa dengan ahli sihir.
dia hendak dihidupkan semula dan balik ke dunia.
Ahli sihir, yang lebey kurang jahat macam dracula,
bersetuju untuk memenuhi permintaan itu.
"aku akan beri kamu satu lg peluang," kata ahli sihir.
"aku akan hantar kamu balik ke bumi, tp kamu tidak akan menjadi manusia.
kamu hanya akan dijelmakan menjadi 'benda' bernyawa. Beritahu aku,
engkau nak jadi apa?" tanya ahli sihir.
"Okey,..okey... aku nak jadi benda bernyawa yang bersayap
dan menghisap darah, hehehhehee.." jawab dracula.
Ahli sihir pun menukar dracula menjadi kelawar puntianak.
Dracula terbang ke bumi, hisap darah sana sini hinggalah
suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.
Skali lagi dracula berlari menghadap ahli sihir...
"aku akan beri satu lagi peluang, tapi bukan sebagai
manusia atau kelawar. Kamu nk jadi apa?" ahli sihir bertanya.
Dengan malu malu kambing dracula menjawab
"aku nak jadi jugak benda hidup,
tapi yang bersayap dan menghisap darah!"
"okey.." dan ahli sihir menukar dracula menjadi nyamuk.
dracula pun terbanglah kesana sini menghisap darah sehingga PAPPP!!!
dia dibunuh oleh seorang nenek. Dracula terasa bodoh
sangat bila berhadapan dengan ahli sihir buat kali ketiga.
"apa hal engkau ni budus sangat! baru dua hari dah kena balik!"
marah ahli sihir. aku akan beri engkau peluang terakhir.
tapi kali ni engkau cuma boleh jadi benda yang tidak bernyawa.
engkau nk jadi apa?" tanya ahli sihir.
Dracula pening pening lalat... nak jadi apa ya...
"cepatlah sikit! aku banyak kerja ni!"
ahli sihir naik angin sebab lambat sgt dracula hendak buat keputusan.
"okey..okeh! tukarkan aku kepada BENDA TAK BERNYAWA,
BERSAYAP DAN HISAP DARAH.." errr....
"no problem," kata ahli sihir dan terus menukar dracula menjadi
tuala wanita WING MAXI PAD. sehingga la sekaranggggg...................................
note : untuk bacaan wanita sahaja.
p/s : aku xpenah pakai yg ade wing.. ahahhahahaa.. selamat dr dracula :p